Monday, November 29, 2010

TAJUK 1- FAIL INTERNET

Tingkatkan usaha kurangkan kemalangan motosikal
MOHD.Ali Rustam membetulkan pemakaian topi keledar seorang penduduk sambil diperhatikan Abdul Rahim Bakri (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya, Pemimpin Bersama Masyarakat peringkat negeri 2010 di padang Taman Desa Baru, Bukit Baru, Melaka, semalam.



MELAKA 16 April - Usaha bersepadu membabitkan kerjasama semua pihak termasuk agensi di bawah Kementerian Pengangkutan perlu ditingkatkan lagi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha tersebut perlu ditingkatkan memandangkan statistik kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang Januari tahun ini menunjukkan 12 daripada 17 kematian akibat kemalangan jalan raya terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, jelas menunjukkan pengguna motosikal masih mendominasi statistik kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini.
''Statistik ini perlu dikurangkan lagi dengan mempertingkatkan usaha bersepadu oleh semua pihak seperti agensi penguat kuasa, kejuruteraan dan infrastruktur serta pendidikan.
''Untuk itu, saya ingin sarankan kepada semua pengguna jalan raya terutama kepada pengguna motosikal supaya menghormati undang-undang jalan raya selain bertimbang rasa bagi mengelak berlakunya kemalangan maut," katanya.
Beliau berucap merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya, Pemimpin Bersama Masyarakat bagi peringkat negeri 2010 di padang Taman Desa Baru, Bukit Baru di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Gan Tian Loo.
Pada majlis tersebut, sebanyak 400 buah topi keledar sumbangan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) diberikan secara percuma kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru.
Di samping itu, sejumlah 1,200 topi keledar 'kura-kura' yang tidak menepati piawaian SIRIM telah dimusnahkan sambil disaksikan oleh Mohd. Ali dan Abdul Rahim.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan paling berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian dan kecederaan parah.
Katanya, sepanjang 2009, sebanyak 4,067 daripada 6,745 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dari seluruh negara.
''Saya harap daripada kempen yang dianjurkan ini dapat meningkatkan tahap kesedaran pengguna jala raya untuk menjadikan aspek keselamatan sebagai budaya ketika berada di jalan raya," katanya.
Di samping itu, Mohd. Ali turut menasihatkan pengguna motosikal tidak menggunakan topi keledar yang tidak menepati piawaian SIRIM seperti topi keledar 'kura-kura' kerana ia berisiko tinggi.
 

TAJUK 1 -FAIL INTERNET

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri kereata
  • Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
  • Pembakaran hutan
  • Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
  • Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
  • Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok
Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
  • Kesihatan terjejas
  • Pertanian yang tidak produktif
  • Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
  • Mengotorkan persekitaran - habuk


TAJUK 1 - ALAMAT INTERNET

16.06.2010
16.06.2010
17.06.2010
Banjir di Malaysia
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/perayaan.asp
Buah- Buahan Tempatan  http://www.angelfire.com/tv2/fruit/

Destinasi pelancongan Di Malaysia  http://www.bda.gov.my/bmverse/destinasi/destinasi.htm




Sunday, November 28, 2010

Bina Insan Guru Fasa 2.

Assalamualaikum dan selamat berjumpa. Dengan izin Allah, dapat lagi saya menulis  dalam blog ini. Catataan hari ini ialah, dengan panggilan singkat semua peserta PGSR Ambilan November 2008 telah datang untuk menyempurnakan BIG. Semua telag berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi.program bermula jam 8.30 pagi dengan mesyuarat  ringkas . Bertujuan untuk memilih dan melantik Jawatankuasa tertinggi MPP PGSR  Kohort 1.Jam 9.00 pagi gotong royong bermula . Semua melakukan aktiviti membersihkan kawasan di sekotar PULAKO. Jam 10 pagi, berhenti minum dan di sambung setengah jam kemudian. Kemudia taklimat ringkas dan membahagikan zon kerja. Saya dan rakan PGSR Bahasa Melayu serta Pendidikan Khas membersikan sekitar surau. Akti tamat jam 3 petang. Sekian untuk kali  ini. Jumpa lagi malam esok. InsyaAllah.

Saturday, November 27, 2010

Kolaborasi di Perpustakaan Awam Seri Iskandar.

Assalamualaikum... Kita berjumpa lagi. Alhamdulillah. Pada jam lebih kurang 9.15 pagi hari ini 27.11.2010 saya bersama Cikgu Rogayah, Cikgu Fatimah dan Cikgu Norhashimah telah berjumpa dan melakukan kolaborasi bahan  bertempat di Perpustakaan Awam Seri Iskandar. Tempat yang sangat selesa dan berhawa dingin tetapi tiada kemudahan wifi kerana kemudahan itu hanya diberi kepada ahli perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun, kami semua telah berjaya mengumpul dan menyusun atur bahan BMM 3105 mengikut folder-folder tertentu.Kami selesai menyiapkan hingga fail no empat. Hanya perlu edit sedikit di tempat-tempat tertentu.Terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi bertukar bahan dan memberi bantuan dan  dorongan. Esok pukul 7 pagi akan ke IPG untuk menjalankan BIG iaitu gotong royong aktiviti kemasyarakatan selama 7 jam. InsyaAllah...saya dah biasa. No problem punya. tentu seronok.

Friday, November 26, 2010

Membina RPH dari Tapak Pembelajaran

Alhamdulillah...berjumpa lagi rakan-rakan seperjuangan. Hari ini lebih tenang dari semalam. Encik Taufik mengajar kami bagaimana membina tapak pembelajaran dengan menggunakan perisian power point.Saya cuba ikuti dengan tenang. Kami juga di ajar hyperlink.Walau tak banyak yang saya dapat kuasai hari ini, tetapi sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu yang sangat berguna.Terima kasih kepada pensyarah bertugas. Kepada Encik Mohamad Paris bin Arshad. Jasa baik encik dalam membantu kami, tidak terbalas rasanya. Sekian terima kasih.Panjang umur, jumpa lagi.

Thursday, November 25, 2010

Tapak Pembelajaran.

Bertemu kembali.
Hari ini Encik Mohd Taufik Bin Haji Ahmad telah masuk kerana bertukar masa dengan Encik Paris. Guru-guru PGSR berbincang lagi tentang 15 folder yang perlu disiapkan mengikut tarikh penghantaran.Pelajaran baru hari ini ialah belajar bagaimana menyediakan tapak pembelajaran . Kami diminta menyediakan RPH secara selaras. Sekali lagi... saya yang hanya  mempunyai pengetahui sedikit pengetahuan tapi tetap mahu mencuba. Terima kasih kepada Puan Mashitah kerana sudi membantu saya. Terima kasih juga buat semua rakan. Kalian banyak membantu dan memberi dorongan serta semangat.Jumpa lagi hari esok jika dipanjangkan umur. sekian.