Saturday, November 27, 2010

Kolaborasi di Perpustakaan Awam Seri Iskandar.

Assalamualaikum... Kita berjumpa lagi. Alhamdulillah. Pada jam lebih kurang 9.15 pagi hari ini 27.11.2010 saya bersama Cikgu Rogayah, Cikgu Fatimah dan Cikgu Norhashimah telah berjumpa dan melakukan kolaborasi bahan  bertempat di Perpustakaan Awam Seri Iskandar. Tempat yang sangat selesa dan berhawa dingin tetapi tiada kemudahan wifi kerana kemudahan itu hanya diberi kepada ahli perpustakaan sahaja. Walau bagaimanapun, kami semua telah berjaya mengumpul dan menyusun atur bahan BMM 3105 mengikut folder-folder tertentu.Kami selesai menyiapkan hingga fail no empat. Hanya perlu edit sedikit di tempat-tempat tertentu.Terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi bertukar bahan dan memberi bantuan dan  dorongan. Esok pukul 7 pagi akan ke IPG untuk menjalankan BIG iaitu gotong royong aktiviti kemasyarakatan selama 7 jam. InsyaAllah...saya dah biasa. No problem punya. tentu seronok.

No comments:

Post a Comment